Rabu, 25 Ogos 2010




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ 1431

Khamis, 15 Oktober 2009

SERBA SEDIKIT CARA NK BELAJAR MORSE KOD

Bagi yang ada komputer tak ada masalah install program dan boleh belajar.
Bagi yang x de PC, cube guna mp3 player.



Pertama,saya belajar kenal abjad.Saya rekod A-Z setiap satu dimainkan 20x contoh AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sehingga ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ dengan kelajuan 15wpm,saban hari saya dengar sehingga dah rasa confident, saya terbalikkan Z-A bukan apa apabila kita mainkan A-Z kita sebenarnya boleh menjangakan selepas A-B-C-D dan seterusnya,jadi bila terbalikkan Z-A baru kita akan tahu kebolehan menerima kod-kod morse di tahap mana caranya sama rekod dan mainkan sebanyak 20x Z-A bila dah confident pulak saya mainkan ayat bahasa inggeris THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS di sini aku mula pecahkan susunan A-Z aku cuba memahami kod-kod morse dalam susunan ayat yang pendek.Untuk nombor-nombor pula lakukan sama seperti di atas kemudian terbalikkan.












Step 1 - ALL DIT (.)
. "".. ""... ""....
E ""I """S""" H


Step 2 - ALL DAH (-)
-"" -- ""---
T ""M"" O


Step 3 - 1DIT 1DAH (. -)
.-"" -.
A"" N


Step 4 - 2 DIT 1DAH (. . -)
..-"" .-."" -..
U""""R""" D


Step 5 - 1DIT 2 DAH (. - -)
.--"" -.-"" --.
W""" K""" G


Step 6 - 2DIT 2DAH (. . - -)
--.."" -.-."" .--."" -..-
Z""""" C"""" P""""" X


Step 7 - 3DIT 1 DAH (. . . -)
...-"" -..."" ..-."" .-..
V""" "B""""" F"""" L


Step 8 - 1DIT 3 DAH (. - - -)
.---""" -.--"" --.-
J"""""" Y"""" "Q




NOMBOR


1 .----
2 ..---
3 ...--
4 ....-
5 .....
6 -....

7 --...
8 ---..

9 ----.
0 -----


Saya tidak la pandai sangat dalam pembelajaran morse kod ni, tapi cuba berkongsi dengan rakan-rakan macam mana saya belajar morse kod.


JUMPA LAGI....


73





... . .-.. .- -- .- - -- . -. -.-. ..- -... .-





ERTI HASAD DENGKI

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.
Contoh hasad ialah apabila tetangga kita memiliki kelebihan harta benda, anak atau isteri yang cantik jelita, kedudukan dan nama baik dalam masyarakat, lalu kita iri hati dan dengki kepadanya juga berusaha untuk merosakkannya.
Sifat hasad dapat membuat orang berbuat zalim kepada tetangganya dengan menyebar gosip dan memburukkannya depan orang lain. Perbuatan itu sudah tentu akan menjadikan suasana bermasyarakat tidak kondusif dan buruk sekali.
Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya:* Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” – (Surah an-Nisa, ayat 54)
* Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” – (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)
Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.
Mudah-mudahan dengan selalu berusaha menjauhi dan meninggalkan sifat hasad ini kita semua dimudahkan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Oleh yang demikian marilah kita sama-sama membuang sifat dengki, buruk sangka, bermasam muka dan tidak bertegur sapa diantara kita.
Kesempatan di bulan Syawal ini marilah kita buangkan yang keruh dan ambil yang jernih.
"Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada taqwa" Surah Al-Baqarah ayat 237.
Sebagai orang tua dan matang marilah kita menjadi benang untuk jahitkan kembali dimana yang koyak, janganlah pula kita menjadi minyak dan memarakan lagi api yang sedang menyala.
Wasalam

Rabu, 23 September 2009

CORETAN.....


ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KPD SEMUA UMAT ISLAM EXSPECIALLY PADA SEMUA WARGA RADIO AMATUR DI MALAYSIA DAN DI MELAKA. TERIMA KASIH BANYAK2 PADA RAKAN2 YANG TELAH MEMBANTU SAYA YANG BARU2 NI TELAH TERLIBAT DALAM SESUATU YANG X DI INGINI...ALHAMDULILLAH SAYA TELAH BERANSUR SEMBUH DAN HARAP DAPAT BERJALAN SEMULA.RASA TERHARU PN ADE..NASIB ADE HANDY MASE DI HOSPITAL...BLH JUGAK BUAT TEMAN UNTUK QSO DGN RAKAN2.HILANG RASE BOSAN...MANE TAK NYE..SLALU DGN RAKAN2 JE,BILE MASUK HOSPITAL DUK TERBARING JE,MAU TAK BOSAN.TRIME KASIH PD MAK JUGE YG JAGA SAYA(TRIME KASIH IBU...).SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI MAAF ZAHIR BATIN.SALAM 73 JUMPA LAGI

Jumaat, 31 Julai 2009

HAAA... NI LE SIJIL DARI PUTERI GUNUNG LEDANG.